Wednesday 3 January 2018

#TransMongolian: UlaanBaatar Part 1 - Back To Basic: Kami, Ger & Jamban Hijau



11 Oct 2017 (day 11)
Dzaminyude-UlaanBaatar

     Selepas kesengsaraan 3 jam kami dan tamatnya pemeriksaan Imigresen dan Kastam Mongolia, maka dengan rasminya cop Mongolia dah tertancap dalam passport kami. Sedikit info, bagi rakyat Malaysia yang berminat untuk travel ke Mongolia, tidak perlu membuat visa. Kalau korang takde niat untuk stay melebihi 90 hari ataupun saja je nak pi cari keje kat sini, memang mudah segala-galanya. Uniknya imigresen Mongolia ni, dia akan cop kat mukasurat paling belakang dalam passport, tak ikut sequence page yang dah dipenuhi oleh cop-cop di mukasurat depan. Mengapa? Kami pun tak tau, mungkin untuk memudahkan tugas diorang kot, dah tau cop Mongolia akan terus berada paling belakang. Perjalanan kami dari Dzaminude diteruskan sehingga ke Ulaan Baatar. Lupa nak diberitahu, perjalanan kami dari Beijing ke Ulaan Baatar akan mengambil masa lebih kurang 30 jam perjalanan, bermakna dalam sehari setengah jugaklah. Kami dijangka tiba pada jam 1630hrs. Sepanjang perjalanan kami menghayati apa yang terhidang di depan mata kami keindahan pemandangan Mongolia yang bergunung ganang dilitupi salji yang sudah mula turun. Oh ya, ketika di Beijing, Kelvin: ger host kami dah memaklumkan yang Ulaan Baatar sudah mula turun salji. Excitednya kami tak sabar nak sampai! Kami juga berpeluang melihat makcik-makcik Mongolia berniaga makanan, minuman dan souvenir di station-station yang menjadi tempat berhenti menurunkan penumpang. Yang kelakarnya, diorang ni kan angkut barang-barang jualan menggunakan troli supermarket! Tak taulah kalau troli tu diorang beli sendiri ke ataupun rembat dari supermarket kan hahaha! Sekali pandang memang macam orang baru balik shopping. Dalam tren ini jugak kami meluangkan masa dengan berjalan-jalan dari satu gerabak ke satu gerabak yang lain sehingga ke penghujung iaitu gerabak cafe. Kami tak makan di situ, cuma melepak-lepak sambil mengambil gambar kerana hiasan dalaman cafe tersebut sangat unik. Di dalam keretapi ini jugak terdapat sorang pegawai Cina berniaga T-Shirt rare yang cantik iaitu t-shirt bertulisan seperti yang terpapar pada badan keretapi: Beijing-Ulaan Baatar-Moscow (character tulisan tempatan). T-shirt itu dijual dalam matawang China kira-kira 150 Yuen harganya.

Belanja sket teaser. Ini gambar terbaik yang aku dapat nak ambik gambar ekor keretapi

     Kira-kira 30 minit sebelum sampai di Ulaan Baatar, pegawai train kami dah mula menjalankan tugas memaklumkan tentang ketibaan kami dan disuruh standby, dan kami perlu memulangkan semula set cadar, sarung bantal dan tuala kepada pegawai train. Bila kita pulangkan tu kan, dia akan check satu-satu siap kira takut kita hilangkan ke ambik ke kot. So sila ambil perhatian ya bab ni, jangan ambil atau hilangkan set cadar dan towel yang dibagi ni ya.

      Kami yang excited ni dah tercegat tak sabar nak turun train dah, so bila berhenti je keretapi ni, kami adalah group pertama yang turun. Kelihatan ada sorang mamat Cina pakai cap dah menunggu di bawah. Yes itu memang Kelvin! Sesi suai kenal pun bermula dan Kelvin masih lagi fasih berbahasa Malaysia! Siap cakap Kedah lagi dengan kitorang hahaha. Lupa nak kenalkan, Kelvin Chong adalah Cina Malaysia yang sudah lama menetap di Mongolia dan telahpun berkahwin dengan orang tempatan. Di sini, Kelvin dapat menyewa lot di Terelj National Park untuk dijadikan resort/campsite. Kebetulan, ketika kami cari untuk tinggal di traditional ger Ita mendapat contact Kelvin dari salah seorang pengembara tegar di Malaysia yang pernah menyewa di camp Kelvin. Disebabkan aku merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membuat itinerari di Mongolia (setiap kami di assign seorang 1 negara untuk membuat kajian dan itinerari kecuali Kak As, yang lebih kepada tugasan seorang ibu yang menjaga makan minum kami hehehe manja kan kami?) maka arrangement untuk cuti perkhemahan ni aku yang deal direct dengan Kelvin.

Gambar curi oleh Kelvin yang setia menanti kami

     Mukaddimah sedikit mengenai pengembaraan Back To Basic kami. Permulaan aku mengcontact Kelvin dan memberitahu yang kami akan berada di Ulaan Baatar pada 11 Oktober dan terus menyewa ger camp dia, dia dah maklumkan kepada kami yang camp telahpun ditutup pada waktu itu kerana sudah masuk winter. Dia jugak dah warning kami awal-awal yang pada waktu ni jugak semua facilities dah takde: termasuklah cafe diorang yang telahpun ditutup dan yang paling epik skali ialah toilet pun dah ditutup dan tak boleh digunakan dalam musim ni kerana sistem perpaipan dah mula membeku! Jadi kami akan kembali kepada alam iaitu dengan menggunakan jamban traditional yang digali! Okay, bab makan kami okay, tapi bab toilet ni memang mencabar minda! Dia mintak kami consider semula timing kami sebab takut kami tak boleh nak menghadapi kesukaran la kot, namun setelah berbincang dan memberi kata-kata semangat pada semua orang terutama Kak As yang begitu risaukan hal toilet, maka kami menyahut cabaran alam untuk stay di ger camp dengan facilities yang tersangat limited (ataupun boleh dikatakan hampir tiada). Maka termeterilah perjanjian berdarah di antara aku dengan Kelvin (sebab dia begitu percayakan kami bulat-bulat tak mintak deposit pun!)

     Selepas kami menyumbat barang-barang kami di bonet Land Cruiser Kelvin, kami meminta Kelvin supaya membawa kami untuk membeli stok makanan dulu di supermarket disamping kami nak mencari simcard Mongolia dan jugak menukar sisa Yuen kami kepada Mongolian Tugrug (MNT). Tapi sebelum itu, kami dibawa ke sebuah kawasan apartment di mana Kelvin akan mengambil mak mertua dia untuk dibawa ke camp nanti. Aunty akan membantu kami untuk meneruskan kelangsungan hidup kami di camp selama 3 hari 2 malam huhuhu.

     Aunty sangat baik dan peramah: walaupun bila dia bercakap dengan kami menggunakan bahasa Mongolia hahaha. Selepas mengambil aunty, kami pun dibawa pergi ke hypermarket di mana kat situ kami membeli sayur, buah-buahan, roti dan mineral water untuk bekalan survival kami. Untuk simcard pulak, kami bersetuju menjadikan Ita sebagai host wifi kami dan kami cuma membeli 1 sahaja simcard kerana Kelvin dengan baik hatinya meminjamkan kami portable wifinya. Selesai shopping, simcard dan tukar duit maka kami pun terus bertolak menuju ke Magic Rock Camp di Terelj National Park. Perjalanan dari bandar Ulaan Baatar ke camp mengambil masa lebih kurang 1 jam dan kami singgah di pitstop terakhir sebelum pintu gerbang National Park untuk membeli kayu api. Sepanjang perjalanan kami yang hampir menginjak ke Maghrib kami disajikan dengan pemandangan indah yang sangat mempersonakan. Tiada kata yang boleh digambarkan, seribu gambar sekalipun tak dapat nak menzahirkan perasaan aku pada ketika itu melainkan bersyukur kepada Maha Pencipta yang telah memberi peluang kepada aku untuk menyaksikan dan menikmati keindahan alam ini.

Kami ke sini nak cari kayu... nak cari kayu... nak cari kayu

     Kami tiba di Magic Rock Camp bila matahari sudah mulai jatuh. Camp ini terletak antara yang terhujung berdekatan dengan Magic Rock yang distancenya cuma beberapa ratus meter. Kenapa namanya Magic Rock? Tengok jelah gambar di bawah nanti ya hehehe... Pemandangan indah gunung ganang yang sudah mula dilitupi salji menjadi pemandangan wajib kami dari pintu ger. Ketibaan kami disambut oleh pasangan atuk dan nenek yang sweet dan juga 2 ekor anjing yang comel bernama Khar (meaning: Black) dan Shar (meaning: Yellow). Sangat mencuit hati melihat telatah 2 ekor anjing ni yang menunggu di luar pintu 4wd dengan muka yang excited dan bila aunty keluar je dari kereta melompat-lompat kegirangan anjing-anjing tu sambil menyendal-nyendal manja tuan mereka.

This is Shar. Anjing comel nan manja yang menjaga keselamatan kami sepanjang 3 hari kami di sini

     Khemah kami sudah tersedia dan masih ingat lagi nombor khemah kami: 8. Corong asap daripada khemah kami dah berkepul-kepul dan sememangnya kami dah merasa amat sejuk waktu itu dan terus rasa nak terkencing hehehe... Kami ditunjukkan arah jamban traditional oleh Kelvin sambil-sambil dia pergi mengambil air perigi dengan nenek. Kami beratur menunggu turn masuk jamban hijau itu sambil terketar-ketar menahan kesejukan, Dewi pulak dengan confidentnya hanya menyarungkan selipar dan stokin dan insiden kelakar telah berlaku. Jari kaki Dewi terkena salji dan mula menyejuk menyebabkan Dewi panik! Dia ingat kaki dia dah kena gangren sebab dah terasa kebas dan kami bagi dia masuk toilet dulu dan lepas tu berlari dia menuju khemah untuk de frost kan jari-jari kaki dia. Di khemah kami pulak, Kelvin sedang bertungkus lumus memasang mentol dan jugak extension plug untuk kami. Alhamdulillah, walaupun facilities tersangatlah limited, tapi kami masih ada bekalan elektrik di sini.

Khemah no 8

     Lupa nak share apakah keadaan khemah kami. Terdapat 5 kerusi panjang yang diperbuat daripada kayu dan kerusi ini jugak bertindak sebagai katil kami dan disusun mengelilingi khemah kami yang berbentuk bulat. Di sebelah kanan pintu masuk, terdapat sebuah almari kabinet kecil untuk kami jadikan sebagai tempat letak stok dan bertentangan pintu masuk, terdapat tiang yang menjadi asas tertegaknya khemah dan di tepinya adalah heater traditional beserta corong asap yang disalurkan di atas puncak khemah. Sebelah belakang tiang adalah meja makan pendek (lebih kurang macam coffe table la) dan extention plug diletakkan di situ. Cadar, sarung bantal, selimut dan quilt juga disediakan dan seperti biasa, perlu dipasang sendiri. Pendapat aku, khemah ini cantik!. Aku memilih kerusi yang berhampiran pintu masuk, membelakangi heater manakala Mera duduk berhadapan heater. Selepas lampu siap dipasang, kami diberikan sedikit taklimat mengenai cara-cara menggunakan heater dan sebelah heater tu dah disediakan 2 baldi bahan bakar iaitu kayu api dan.... TAHI LEMBU KERINGGGG!!!! Mula-mula kami agak krikk krikk jugak bila dapat tau kami sedang menggunakan tahi lembu untuk memanaskan badan tapi, harus kami akui sememangnya haba tahi lembu ni memberi kehangatan yang sempurna kepada kami huhuhu... Kami berlima di khemah nombor 8 ni manakala Kelvin, aunty, atuk dan nenek bermalam di khemah sebelah kami. Disebabkan Mera tidur berhadapan dengan heater, makanya kerja-kerja merefill kayu api dan tahi lembu secara otomatiknya diuruskan oleh Mera. Dan Mera memang melakukan tugasannya dengan penuh dedikasi sekali.

     Selesai melakukan apa yang wajib dan berkemas, kami memulakan sesi memasak kami dan malam itu kami makan nasi beryani beserta kari Brahims dan juga roti-rotian. Kami jugak berjalan beramai-ramai menuju ke jamban sambil memakai head lamp dan menjinjing botol air dengan mulut yang berasap-asap. Kelihatan Shar setia menanti di sisi khemah kami sambil menjelir-jelir manja. Shar menjadi penjaga khemah kami yang setia sepanjang kami berada di sini dan dia seakan-akan tau yang kami tak boleh memegang dia dan dia sentiasa menjarakkan diri dari kami walaupun kelihatan dia memang mau bermesra dengan kami. Okay, rindu dah dengan budak comel tu. Malam ini kami cuma melayan perasaan dan jugak merehatkan diri kerana keesokan hari kami akan dibawa berjalan-jalan di sekitar taman negara dan juga khemah orang tempatan yang realitinya hidup dalam khemah oleh Kelvin.



12 Oct 2017 (Day 12)
Nalaikha, Terelj National Park

      Seawal pagi kami bangun dan menyiapkan sarapan sebelum memulakan lawatan sambil belajar kami. Selepas sarapan, kami bersiap-siap dan Kelvin dan aunty sudahpun menunggu kami untuk membawa kami berjalan. Destinasi pertama kami adalah khemah kepunyaan seorang aunty yang juga kawan kepada mak mertua Kelvin. Kami disambut dengan salakan garang anjing aunty yang kami bakal lawati rumahnya. Yalah sebab kitorang memang beautiful strangers kan hahaha. Selepas ditenangkan, dan bila  aku tangkap gambar dia, barulah anjing tu senyap duduk diam-diam. Kami pun masuk ke dalam rumah aunty tu dan dalam khemahnya dilengkapi dengan peralatan moden seperti tv, peti ais dan siap ada mesin jahit Singer di kerusi milik aunty. Kami dihidangkan dengan homemade yogurt dan sejenis makanan yang seakan-akan cookie (ataupun lebih tepat macam bentuk coklat Milo Nugget) tapi masam seperti yoghurt jugak. Sedap dan penuh bersusu rasanya sampaikan Dewi dan Mera bertambah-tambah makan. Di sini, kami belajar tentang adab dan adat masuk ger dan Dewi telah menyusunkan adab dan adat bertandang seperti di bawah. Terima kasih wahai travel buddyku yang selalu mencatatkan benda-benda yang kadang-kadang susah untuk aku ingati, itupun selepas rentetan Dewi yang rakus melangkau tiang untuk mengambil yogurt hahaha.

1. Khemah ini dipanggil Ger (dalam bahasa Mongolia)

2. Tetamu perlu masuk secara clockwise ketika masuk ke dalam ger

3. Terdapat 2 tiang di tengah-tengah ger. 2 tiang ini diumpamakan seperti 'dinding' atau 'tirai' dan DILARANG untuk melalui di tengah-tengahnya

4. Katil suami berada di sebelah kiri (macam katil aku) dan katil isteri adalah di kanan pintu ger

5. Tanggungjawab isteri adalah menjaga pendiang/heater dan perlu memastikan api sentiasa ada dan hidup. Sebab itulah katil isteri berada di belah kanan dan berdekatan dengan heater. Makanya Mera berjaya menjalankan praktikal dalam persiapannya menjadi bini yang berdedikasi dengan cemerlang

     Sambil bersembang-sembang aunty tu sempat menunjukkan kepada kami album keluarganya dan juga masak sup kepala kambing di depan mata kami. Senang je ingredient dia: air, garam dan kepala kambing yang direnehkan di dalam sebuah periuk yang ditenggek di atas heater. Itulah rupanya resepi awet muda diorang sebab aunty yang kami lawat ni sudah berumur 50 lebih tapi nampak masih muda dan tegang kulitnya. Terus rasa nak menuntut ilmu cara-cara penjagaan kecantikan dan awet muda. Lepas tu kami mula beransur dan Kelvin memesan agar kami memberikan saguhati kepada aunty tu dalam 20k MNT (lebih kurang RM20). Aunty pun bersiap-siap dengan jaket bulunya nak keluar dan dia tinggalkan aje sup kambing tu bertenggek atas api. Rupanya aunty pun mengikut kami sekali naik kereta dan Kelvin akan menghantar mak mertuanya dan aunty tu ke ger kawan mereka untuk bersembang-sembang. Comel je kan?


     Selepas kami drop aunties, kami dibawa berjalan-jalan  di taman negara. Semakin ke dalam kami menyusuri taman negara ni, semakin bersalji kawasan ini. Sekali lagi tiada bahasa dapat digambarkan dengan keindahan ini, hayati sahaja gambar-gambar yang kami sempat ambil di sini. Kami juga di bawa ke Sungai Tuul, di mana ada bahagian sungai sudah mula membeku, Turtle Rock, Meditation Rock, mencari yak dan akhir sekali Magic Rock yang berada berdekatan dengan khemah kami. Dari Magic Rock, kami berjalan menurun bukit menuju ke khemah kami dan kami menghabiskan sisa-sisa malam kami yang panjang dengan cuba untuk melepak di wakaf sambil minum hot chocolate dan melihat bintang di langit (tapi cuma bertahan selama 5 minit saja hahaha).


13 Oct 2017 (Day 13)
Magic Rock Camp

     Hari terakhir kami di sini. Kami bangun seawal pagi untuk menyaksikan sunrise terakhir kami di sini dan matahari seakan-akan faham dan memancarkan cahaya yang paling cantik hari ini. Kami sebenarnya agak risau dengan cuaca kerana malam tadi suhu jatuh sehingga -17℃ dan salji turun. Aku sempat berselfie dengan compact camera aku dan tak sangka hasilnya tidak mengecewakan dan menyebabkan aku menjadikan gambar itu sebagai cover picture aku untuk entri ini. Aku juga sempat mengambil gambar sunrise dan selepas itu mula berkemas-kemas untuk check out. Terasa sayang nak tinggalkan ger kami. Walaupun aku menahan untuk membuang air di sini, bertahan tak mandi selama 4 hari (termasuk dalam train Beijing-Ulaan Baatar), facilities yang sangat limited dan kami juga tak banyak aktiviti yang padat, cuma riadah santai, pengalaman bermalam di sini merupakan yang termanis dalam pengembaraan Trans Mongolian aku ni. Sudah tiba masanya kami berangkat ke bandar, kami bergambar dengan atuk dan nenek buat penghabisan kali dan mengucapkan selamat tinggal kepada Khar dan Shar yang bersungguh mengawal khemah kami sepanjang kami berada di sini. Ok ai is sedih masa ni ya. Definitely I will come back to this place, tak tau bila, tetapi pasti!

     Kami pulang dengan pengalaman yang sarat dan juga ketenangan jiwa dan minda, tapi sebelum ke bandar Ulaan Baatar, kami terlebih dahulu akan singgah mencari atuk Khaan di kampungnya... Ok yang ni aku akan ceritakan di entri part 2 aku nanti. Sementara itu enjoy gambar-gambar dan video kami di sana.

*Ada di antara gambar-gambar di bawah adalah kredit untuk kawan-kawan jelitas aku di mana kami mengamalkan konsep sharing is caring untuk sesiapa yang dapat captured gambar yang cantik. Terima kasih semua. Hanya jasa jadi sanjungan.


Somewhere in China

Masih lagi somewhere in China

Warna mula bertukar



Musim kering yang berselang seli dengan salji

Kami melalui kawasan gurun



Macam dalam citer koboi je

Journey to the west

Lembu-lembu meragut rumput

Dalam gurun ada salji

Mera merenung luar jendela canteen train

Sempat swafoto. Cantikkan gerabak canteen dia nih

Tak tau aku nak baca station apa nih hahaha

Makcik ni bukan balik dari shopping ya. Dia peniaga yang sangat bergaya okeh?

Pegawai salah satu gerabak. Baru kitorang tau, selain daripada menjaga gerabak, diorang jugak bertugas untuk refill arang batu untuk memanaskan gerabak. Setiap gerabak akan ada 1 tempat membakar dan habanya akan disalurkan ke heater yang ada dalam setiap bilik. Kami sangat menghargai susah payah diorang walaupun pegawai ni garang bila kitorang curi ambik gambar dia huhuhu

Sedang mencangkul arang batu

Subuh di Mongolia

Suasana mula bertukar



Singgah sebentar beli kayu api

OTW ke Terelj National Park

Selamat Datang ke Terelj National Park.... Errr aku rasa itu la kot yang dia tulis hehehe

Geng Gombak bergabung!!!

Geng Gombak 1st time main seljiiii

Taraaaaa!!!! This is Jamban Hijau!!!

Jamban Hijau dalam kenangan. Sangat-sangat traditional pembuatannya, lubang galian yang besar dan gayat, hanya ditutup dengan kayu plywood... Huhuhu sila jangan pandang bawah dan berhati-hati kayunya licin, aku hampir tergelincir dan sebijik botol menjadi korban lubang jamban hahaha

Bahan bakar pemanas badan: Tahi Lembu Kering P/S: Takyah nak eeeeww sangat hahaha

Kelvin sedang gigih memasang plug sambil diperhatikan oleh Ita

Sementara itu, aunty sedang menolong menyalakan unggun api dan mencampak bahan pembakaran

Kayu api + tahi lembu = Haba yang cukup memanaskan untuk suhu yang mencapai -17℃

Inilah rupa bentuk heater kami

Keesokan harinya

Berjalan-jalan di kawasan sekitar ger kami dulu

Selfie 

Saujana mata memandang



Kami berjalan sampai di kawasan Magic Rock dan hutan pine

Gambar artis tersohor. Macam dalam studio kan???

Group Jepun dari camp sebelah siap ambik pakej naik kuda

Aku dan Dewi

Fefeeling baring atas seljiii

Poyo je gambar ni adehhh

Ok korang, let's balik khemah!!!

Lawatan ke Ger orang tempatan

Inilah rupa Ger aunty awet muda. Siap ada TV, mesin basuh, peti ais bla bla bla...

Kami dihidangkan dengan makanan berasaskan susu: nugget/cookies susu (sukati aku letak nama hahaha) dan yogurt. Semuanya homemade dan sangat lazatttt

Aunty menunjukkan cara-cara masak sup kepala kambing

Kepala kambing yang sedang direneh, pastu aunty tu bersiap-siap dan keluar rumah. Tinggalkan aje sup kambing ni atas dapur!

Gambar kami beramai-ramai bersama tuan rumah

Geng Gadis Jelitas yang meletopsss

Tetap comel walaupun double chin hahaha

Berjaya meruncingkan dagu dengan teknik yang betul

Aku, Dewi dan dagu runcing hehehe

Sekali lagi bersama aunties

Subhanallah pemandangan Sungai Tuul yang tak terucap dengan kata-kata

Snow!!!

Lagi pemandangan yang tidak menjemukan

Gambar yang diambil khas dengan tujuan nak menunjukkan sungai kepada suami-suami kami yang kaki pancing

Sungai Tuul mula membeku

Gambar khas aku ambik hantar kat encik suami yang jauh di mata

Swafoto sebelum masuk ke hutan salji

Masing-masing ambik pokok masing-masing

Buruk nau perangai budak Farrah nih!

Kami dan host: Kelvin Chong

Turtle Rock. Tempat yang sangat significant dengan Terelj National Park

Fefeeling retisss

Lagi fefeeling retisss

Tengok macam panas kan, tapi sebenarnya sejukkk yang amat!

Duck face seorang Mera

Gambar yang diambil sambil lalu

Unta Mongolia

Aku rasa ini yak la kot... Kan? Kan?

Finally, perkenalkan inilah Magic Rock!!! Batu yang mempunyai daya graviti yang tinggi tergantung tegak di atas sebuah batu landai (Err pastu Kelvin tanya, cuba teka batu ni macam bentuk apa? Apoooo Kelvinnnn!!! Aiyooo!!!)

Fikiran saya suci... Ini adalah Magic Rock

One of my fav photo... Macam lokasi penggambaran


Magic Rock dari bawah bukit

Swafoto dari kejauhan

Kulit album terbaru kami

Last day. Sebak nak meninggalkan ger kami yang menyimpan banyak pengalaman manis

See you when I see you Ger

I wanna cryyyyy

Orang sibuk loading barang, kitorang sibuk berposing



Babai atuk n nenek... Panjang umur kita bertemu lagi



Entri berkaitan:




1 comment:

  1. salam, boleh tau berapa anggaran berhabis utk trip ni.menarik betul lah

    ReplyDelete